Saturday 7 April 2012

Puding Coklat Kristal..


















Bahan-bahan 1:
10 gm serbuk agar-agar
50 gm coklat masakan
100 gm gula
600 ml air
Buah longan secukupnya
Cara menyediakan bahan 1:
1. Masak kesemua bahan sehingga hampir pekat.
2. Bekukan setengah bahagian dan terap mengikut acuan kesukaan anda.
Bahan-bahan 2:
15 gm serbuk agar-agar
200 gm gula
1 biji kuning telur
1/2 cawan susu cair
1,000 ml air longan
1/4 sudu teh garam
Pewarna kuning secukupnya
Cara menyediakan bahan 2:
1. Masak kesemua bahan sehingga hampir pekat.
2. Susun buah longan dalam acuan.
3. Tuangkan bahan-bahan yang dimasak tadi berselang-seli dengan bahan 1 (yang telah diterap).
4. Akhir sekali, tuang baki adunan coklat.
5. Bekukan dan hias.

Puding Susu..






















Bahan-bahan A:
2 cawan agar-agar
8-9 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 gula melaka
2 helai daun pandan
Bahan-bahan B:
6 biji telur ayam
1 tin besar susu manis
250 ml air
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit gula melaka - dihiris
Cara menyediakan:
1. Masak agar-agar dengan air sehingga hancur.
2. Masukkan daun pandan, gula pasir dan gula melaka.
3, Masak dengan api perlahan. Biarkan seketika.
4. Untuk bahan B pula, pukul susu dan telur sehingga hancur.
5. Masukkan air dan esen vanila.
6. Seterusnya, masukkan gula melaka hiris ke dalam acuan tadi.
7. Kacau seketika.
8. Kukus adunan ini sehingga masak.
9. Setelah masak, tuangkan ke atas agar-agar tadi ketika ia masih panas.

Bebola Milo...








































Bahan-bahan:
60 gm mentega
60 gm gula kastor
60 gm serbuk badam atau gajus
3 sudu besar serbuk milo
Sedikit esen vanila
2 sudu besar jem (sebarang perasa)
Serbuk kek (lebihan kek yang dihancurkan) secukupnya (sebarang perasa)
Coklat urai berwarna-warni
Cara menyediakan:
1. Putar mentega dan gula sehingga berkrim.
2. Campurkan esen vanila, serbuk kek, milo, serbuk badam dan jem.
3. Gaul rata hingga menjadi doh.
4. Bulat-bulatkan dan golek ke dalam coklat urai.
5. Masukkan bebola ke dalam mangkuk-mangkuk kertas.
6. Bolehlah dihidangkan.

Kuih Buaya Bersidai..(Warisan Pahang)




















Bahan-bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
3 sudu besar gula pasir
1 buku gula melaka
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan disimpul
Bahan-bahan untuk kulit:
500 gm tepung pulut
1 1/2 cawan santan kemancar
Sekeping daun pisang
Sedikit minyak
Sedikit pewarna pilihan (jika suka)
Bahan-bahan untuk dadih santan:
1 cawan santan pekat
1 helai daun pandan - disiat dan disimpul
1 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa
Cara menyediakan inti:
1. Hiris gula melaka.
2. Masak bersama air, daun pandan dan gula pasir hingga larut.
3. Masukkan kelapa parut.
4. Kacau hingga pekat dan boleh digentel. Ketepikan.


Cara menyediakan kulit:
1.  Isikan tepung pulut ke dalam mangkuk pengadun.
2.  Buat lubang di tengah-tengahnya.
3.  Tuangkan sedikit santan dan gaulkan.
4.  Seterusnya, tuangkan baki santan sedikit demi sedikit.
5.  Sambil itu, uli sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
6.  Ambil sedikit adunan.
7.  Leperkan di atas sekeping daun pisang yang telah disapu minyak.
8.  Letakkan di atas piring.
9.  Isikan inti. Bentukkan bulat bujur.
10. Aturkan ke dalam loyang atau bekas tahan panas.


Cara menyediakan dadih santan:
1. Di dalam bekas panas, kacau santan dan garam serta tepung beras hingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam loyang atau bekas berisi kuih tadi.
3. Letakkan daun pandan dan kukus selama 10 hingga 15 minit atau sehingga masak.
4. Buangkan daun pandan dan hidangkan.

Kuih Putu Piring...
























Bahan-bahan:
4 tin beras
4 tin beras pulut
300 gm gula pasir
Kelapa parut secukupnya - bahagian putih saja
Sedikit garam
Cara menyediakan:
1.  Beras dan beras pulut dibersihkan.
2.  Kemudian rendam semalaman.
3.  Selepas direndam semalaman, tumbuk atau kisar halus kedua-dua beras ini.
4.  Ayak beras tumbuk tadi.
5.  Gaulkan kedua-dua jenis tepung beras itu dengan gula.
6.  Kemudian biarkan semalaman.
7.  Gaulkan kelapa parut dengan garam.
8.  Masukkan campuran tepung ke dalam acuan putu piring.
9.  Letakkan inti kelapa di tengah-tengah sebelum ditabur semula campuran tepung hingga menutupi inti.
10. Balut acuan putu piring dengan kain putih jarang dan kukus hingga masak.


Info:
Kuih putu ini akan menjadi keras setelah sejuk. Anda boleh mengukusnya semula selama lima minit untuk mengembalikan kelembutannya.

Resepi Apam Polkadot...


Apam polkadot
Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus ( 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.
Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
Apam polkadot sedap
Sumber resepishell@myresepi
UPDATE!!!
Tips tambahan untuk buat apam polkadots.
1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair). so cara untuk keraskan filling ialah first panaskn butter/marjerin. Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air. Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..
2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Kukus apam dengan api sederhana. kalau api besar akan menyebabkan apam polkadot akan merekah.
4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
5. selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.

Resepi Muffin Coklat


Muffin_Coklat_5                     









Muffin Coklat

Bahan-Bahan
  • ½  cawan mentega
  • ½  cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 20 minit.
Tips:
  1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik  dengan sempurna.
  2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
  3. Jangan guna minyak masak yang berkacang  kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
  4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
  5. Untuk mendapat muffin yang sedap, gantikan tepung gandum dengan Tepung Ros (ayak  terlebih dahulu) yang boleh didapati dikedai2 bakeri. Harga tepung ros ini mahal sedikit tetapi untuk hidangan sendiri  sangat berbaloi.
  6. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
  7. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).